Sorry, your browser doesn't support javascript

Tampil Bergaya dengan Jaket dan Sweater untuk Lelaki Bertubuh Kurus

posted by demo on February 21, 2017
custom.my

Jaket merupakan salah satu pakaian yang banyak dipakai oleh orang untuk penampilan mereka. Jaket ini biasanya digunakan oleh orang yang memiliki tubuh kurus agar kelihatan lebih berisi. Ada beberapa model jaket yang banyak dipakai orang iaituhoodie, sweater, varsity, dan jaket baseball. Semua jenisjaketini banyak dipakai oleh lelaki agar tampil bergaya. Bagaimanakah cara memilih jaket yang sesuai dengan lelaki berbadan kurus?


Inilah Cara Berpakaian Lelaki Yang Berbadan Kurus Dengan Jaket dan Sweater

Tubuh kurus memang susah untuk memilih pakaian yang sesuai dan kelihatanbergaya. Berikut adalah cara berpakaian lelaki yang memiliki tubuh kurus dengan jaket dan sweater:

  1. Berpakaian tebal. Agar kelihatan lebih berisi, anda dapat menggunakan pakaian atau jaketyang tebal. Namun pemilihan model jaket ini harus sesuai dan selesa ketika dipakai, selain itu ukurannya harus sesuai dengan ukuran badan iaitu jangan terlalu longgar atau terlalu kecil sehingga badan nampak kecil.

  2. Jangan terlalu kecil. Lelaki yang memiliki tubuh kurus, elakkan dari menggunakan pakaian seperti hoodie, varsity, dan jaket baseball yang terlalu longgar atau terlalu kecil. Mengapa? Kerana jika memakai model jaket atau pakaian terlalu longgar maka tubuh anda akan kelihatanmenggelebeh dan jika anda memakai jaket atau pakaian terlalu kecil maka tubuh kurus anda kelihatansangat kurus dengan jelas.

  3. Gunakan jas. Dalam beberapa kesempatan maka cubalah menggunakan pakaian tambahan untuk menutupi tubuh kurus anda seperti jas,jaket, hoodie, sweater, varsity, dan jaket baseball. Pakaian ini sangat sesuai untuk menutupi tubuh kurus anda selain itu penggunaan jas dapat menambahkan kesan elegan dan sangat sesuai untuk orang yang kurang tinggi.

  4. Perhatikan seluar. Elakkan dari menggunakan seluar ketat kerana kaki kurus anda akan kelihatan sangat kurus dengan jelas, selain itu elakkan dari menggunakan seluar dengan bentuk yangmeriah. Seeloknya pakailah seluar yang memiliki model sederhana dan klasik sesuai dengan jaket.

  5. Sweater. Untuk lelakiyang berbadan kurus sebaiknya gunakan sweater sebagai penutup badananda kerana jenis jaket ini sangat sesuai digunakan untuk menyamarkan tubuh kurus anda. Model jaket ini dapat berfungsi menutupi tubuh bandan anda yang kurus. Namun jika anda tidak menyukai pakaian ini maka anda dapat menggunakan baju dengan model leher V dan juga kemeja lengan panjang yang dipadankan dengan jaket ini.

  6. Pilihan warna. Sebaiknya gunakan baju berwarna cerah seperti kuning, putih, atau merah. Elakkan dari memakai baju atau hoodie, sweater, varsity, dan jaket baseball berwarna gelap atau bentuk garis-garis keranaanda akan kelihatan semakin kurus jika memakainya.

  7. Aksesori. Pemakaian aksesori yang tepat dapat membuatkan penampilan anda lebih menarik, untuk lelaki yang yang berbadan kurus sebaiknya elakkan pemakaian aksesori dileher kerana leher anda akan kelihatan lebih panjang selain itu elakkan dari menggunakan tali leher terlalu kecil atau terlalu lebar. Jika anda ingin tampil dengan jaket maka elakkan pemakaian jaket yang panjangnya melebihi pinggang yang banyak ditemui di kedai – kedai yang menjual jaket.

Inilah beberapa maklumat cara berpakaian lelaki yang berbadan kurus dengan menggunakan jaket sebagai penutup tubuh.