Sorry, your browser doesn't support javascript

Beberapa Perkara yang Harus Diperhatikan Ketika Membeli Jaket

posted by demo on February 22, 2017
custom.my

Perkara yang perlu diperhatikan ketika membeli jaket bukanlah sekadar harga sahaja. Jaket merupakan satu pakaian hangat untuk melindungi badan dari terkena udara sejuk. Selain menjadi pelindung badan, jacket juga untuk menunjang penampilan baik wanita mahupun lelaki. Seiring perkembangan zaman banyak model jaket mempunyai bentuk berbeza seperti jaket baseball, sweater, varsity, dan hoodie. Banyaknya produk jual jaket membuat pelanggan merasa keliru dalam menentukan pilihan. Disini kami nyatakan perkara yang harus diperhatikan ketika membeli jacket.


6 Perkara yang Harus Diperhatikan Ketika Membeli Jaket

Berikut 6 perkara yang perlu diperhatikan ketika membeli jaket:

  1. Pilih sesuai mengikut keperluan. Pada masa membeli pakaian hangat ketahui jenis, kualiti bahan jacket. Sesuaikan juga fungsi dari model jaket, contohnya tentukan aktiviti anda lebih banyak berada di luar seperti travelling atau mendaki gunung, maka bahan polar boleh menjadi pilihan. Jika ingin memakai pakaian hangat dalam kegiatan harian pilihlah bahan yang mudah menyerap peluh seperti varsity, hoodie, dan jaket baseball. Pada saat cuaca sejuk di siang maupun malam sebaiknya anda memakai sweater.

  2. Perhatikan keselesaan. Sebelum membuat keputusan pilihan, pastikan jaket tidak membuatkan tubuh menjadi kaku, dan sesuai untuk tubuh anda. Walaupun model jaket nampak hebat namun ia tetap tidak baik jika saiznya kurang sesuai. Cuba kenakan jaket sebelum membeli, biasanya produk jual jaket telah dipasang dengan saiz masing-masing. Keselesaan merupakan hal terpenting dalam membeli sebuah jaket.

  3. Bandingkan Harga. Sudah tentu setiap produk jual jaket memliki harga berbeza, sebelum menentukan pilihan perkara pertama yang boleh dilakukan adalah membandingkan harga beberapa jaket. Dari jenis pakaian hangat seperti jenis varsity, hoodie, sweater, hoodie, dan jaket baseball mempunyai harga berbeza. Mungkin sedikit membuang masa tetapi ini akan memberikan hasil maksimum.

  4. Perhatikan pilihan warna. Keperluan fashion memang memegang peranan penting, anda perlu teliti dalam menentukan warna jaket, jangan memilih jaket yang terlalu banyak kombinasi warnanya kerana akan kelihatan kurang cantik. Jaket baseball dan hoodie mempunyai banyak variasi warna.

  5. Ajak rakan. Ajaklah kawan untuk membantu anda memilih jaket, mungkin anda akan keliru memlih model jaket maka dari itu kegunaan rakan boleh mengarahkan kita untuk mendapatkan yang terbaik. Alangkah baik lagi jika mengajak kawan yang sangat memahami tentang dunia fashion.

  6. Jangan tergoda dengan harga. Harga mahal belum tentu menjadi jaminan kualiti baik. Biasanya pelanggan mencari produk jualan jaket dengan harga murah tetapi anda harus berhati-hati dalam memilih pakaian pemanas tubuh seperti sweater dan varsity. Jangan mudah ditipu kerana harga.

Itulah tadi 6 perkara yang perlu diperhatikan ketika membeli jaket, semoga bermanfaat dan boleh menjadi penanda aras untuk anda sebelum membeli jaket!