Sorry, your browser doesn't support javascript

Tips dan Cara Dalam Memilih Skirt Mini Jeans untuk Wanita

posted by demo on August 15, 2016
custom.my

Wanita kelihatan lebih feminim ketika mereka menggunakan model skirt. Skirt wanita boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kain skirt, seperti elastex, jeans, shifon dan sebagainya. Ketika ini skirt mini jeans sangat diminati oleh ramai wanita. Tetapi tidak semua wanita sesuai dalam pemakaian skirt ini. Dan perlu ada kesesuaian antara skirt, baju, kasut mahupun aksesori yang dikenakan. Terdapat skirts dengan pelbagai ukuran seperti mini skirt yang sedang menjadi trend. Hal ini dapat dibuktikan dengan kebanyakkan kedai yang menjual skirt mini.


Inilah Cara untuk Memilih Skirt Mini Jeans

Skirts akan kelihatan menarik apabila kita dapat menyesuaikannya. Tidak perlu mengunjungi kedai yang menjual skirt mini dengan harga mahal. Tetapi memanglah skirts berbahan jeans memiliki harga yang lebih mahal berbanding bahan lain.

1. Bahan jeans. Dalam membeli skirt wanita dengan bahan jeans, anda haruslah memperhatikan jenis jeansnya. Bahan nipis dan mengikut bentuk badan akan kelihatan lebih cantik. kerana akan kelihatan lebih feminim dengan tambahan skirt girly. Jika bahan jeans akan menampakkan bahawa wanita itu tomboy. Dan bahan ini sangat sesuai apabila dipadankan dengan jaket kulit. Semua bahan tersebut dapat ditemui di kedai yang menjual skirt mini.

2. Model skirt. Pemilihan model skirt dapat disesuaikan dengan bentuk badan yang refleks, keperibadian dan gaya pemakaian. Kebanyakan model skirt, seperti sporty, trendy, dan klasik dapat menunjukkan bagaimana keperibadian anda. Selain itu, tema acara juga perlu diperhatikan dalam memilih skirt yang sesuai, terutama sekali kegiatan yang akan kamu lakukan di acara tersebut. Mini skirt berbahan jeans memang lebih sesuai apabila digunakan untuk acara santai.

3. Cara pemakaian. Tidak semua skirt mini boleh sesuai digayakan oleh wanita. Skirt ketat sesuai bagi wanita yang memiliki badan ramping, khususnya bagi mereka yang masih muda. Namun, bagi kalian yang tidak berbadan ramping jangan risau. Hal tersebut dapat ditangani dengan penggunaan legging atau tights berwarna gelap. Jadi, skirt wanita ketat dapat digayakan oleh semua orang.

4. Pemilihan kasut. Tidak hanya model dan bahan skirt saja, tetapi pemilihan kasut yang tepat juga memainkan peranan pada penampilan anda. Kasut dapat menambahkan kesan yang diinginkan. Apabila anda ingin berpenampilan edgy sangat sesuai menggunakan ankle boots dengan jaket kulit dan skirt wanita yang mini. Namun, jika ingin bergaya sexy boleh memakai wedges, dan sandal yang sangat sesuai bila ingin bersantai.

5. Tambahan aksesori. Setelah pemilihan kasut, penambahan aksesori juga diperlukan untuk membuatkan penampilan mini skirt semakin maksima. Aksesori seperti rantai, anting - anting, cincin, dan sebagainya. Ketika anda menginginkan gaya santai, skirt mini jeans dapat dipadankan dengan cardigan berlengan panjang, barulah ditambah dengan anting - anting. Gaya sexy juga dilihat dengan aksesori anting - anting. Dengan anting - anting hula hop dapat menambahkan kesan sexy pada skirt.

Demikianlah cara pemilihan skirt mini jeans. Perlu ada pemerhatian terhadap apa yang digayakan dalam pemakaian skirt mini jeans yang sesuai dengan gaya kita. Pemilihan kedai yang menjual skirt mini juga perlu dilihat untuk mendapatkan harga murah dengan kualiti yang bagus. Semoga dengan artikel ini dapat menambahkan pengetahuan kita mengenai mini skirt dan menjadikan kita wanita yang mengambil berat dengan penampilan mengenai skirts.