Sorry, your browser doesn't support javascript

9 Tips Memilih Skirt Mini Sesuai Dengan Bentuk Badan Wanita

posted by demo on September 5, 2016
custom.my

Skirt memiliki pelbagai model yang dapat digunakan untuk mempercantikkan diri,salah satu model skirt yang terkenal adalah skirt mini. Namun, pemakaian mini skirt juga harus disesuaikan dengan bentuk badan kita. Ini kerana tidak semua skirt dapat dipakai oleh semua orang dengan pelbagai bentuk badan.


Inilah 9 Tips Memilih Skirt Mini sesuai Dengan Bentuk Badan

1. Berbadan Kecil. Pilihlah model skirt yang tidak begitu ketat sehingga tidak mengikut badan anda yang kecil. Dan pilihlah skirt mini yang jatuhnya di atas lutut agar badan anda kelihatan lebih tinggi dan tidak tenggelam dengan skirt yang anda gunakan. Skirt wanita ini dapat anda jumpa di kedai secara talian ataupun pengeluar yang menjual skirt mini.

2. Berbadan persegi panjang atau lurus. Pilihlah skirt yang bervolume, menggelembung atau model putri duyung. Carilah skirt mini yang memiliki lipatan, layer dan kerutan. Yang penting adalah jauhi dari pemakaian mini skirt yang lurus kerana akan menambahkan kesan kurus pada badan anda.

3. Badan berbentuk jam pasir. Pilihlah skirt mini klasik yang mempunyai warna solid agat mempercantikkan penampilan anda. Selain itu anda juga dapat menggunakan skirt dengan A-line yang memiliki tali pinggang sehingga membantu membentuk pinggul anda yang kecil. Carilah skirt wanita ini di kedai yang menjual skirt mini.

4. Bentuk badan seperti buah pir. Gunakanlah skirts A-line yang jatuh tepat di atas lutut. Model skirt seperti ini akan menyembunyikan kesan besar pada punggung dan paha anda.

5. Badan berbentuk seperti epal. Skirt berbahan sutra atau shifon sangat sesuai digunakan wanita berbadan seperti buah epal. Bahan skirts yang mudah bergerak ini akan meringankan badan sehingga menyeimbangkan badan bahagian atas. Kedai yang menjual skirt mini biasanya menyediakan pelbagai skirt wanita.

6. Badan dengan banyak lekuk. Pilihlah skirt pensil dengan warna solid. Model skirt ini akan memberikan kesan mulus pada badan anda. Namun, pilihlah skirt yang tidak terlalu ketat di badan.

7. Kaki pendek. Bagi yang memiliki kaki pendek, maka skirt mini yang jatuh di atas lutut dapat dijadikan pilihan. Lebih – lebih lagi jika menambahkannya dengan stoking berwarna gelap.

8. Kaki panjang. Skirt terasa kurang sesuai bila digunakan bagi merekayang memiliki kaki panjang. Tapi jikamenginginkannya, maka pilihlah mini skirt yang tidak terlalu pendek. Carilah skirt wanita yang sesuai di kedai yangmenjual skirt mini.

9. Memiliki pinggul dan paha yang besar. Gunakan skirts A-line yang jatuh tepat di atas kaki dengan warna yang gelap untuk memberikan kesan ramping pada badan.


Demikian 9 tips memilih mini skirt sesuai dengan bentuk badan. Pemilihan skirts yang sesuai dapat membuatkan penampilan anda yang menarik. Semoga tips-tips di atas dapat digunakan ketika anda memilih skirt dalam berpakaian.