Sorry, your browser doesn't support javascript

Beberapa Tips Mengenakan Model Skirt mini Ala Artis

posted by demo on February 22, 2017
custom.my

Tips mengenakan model skirt mini ala artis semakin diminati dalam kalangan wanita pencinta fashion. Model skirt kini semakin berbeza - beza, hal ini membuatkan setiap wanita harus mengikuti trend fashion. Membincangkan tentang skirt yang ketika ini banyak diminati memang menarik minat wanita. Bukan sedikit jumlah pencinta fashion meniru gaya mini skirt dari artis atau idola mereka. Apakah tips untuk mengenakan skirt mini ala artis?


7 tips mengenakan model skirt mini ala artis

  1. Skirt mini Berbahan Satin. Skirt wanita berbahan satin akan lebih menonjolkan penampilan yang glamor. Pemakaian skirt berbahan satin boleh digunakan dalam majlis formal ataupun bukan formal, jadi anda boleh bebas memakainya dalam segala situasi. Jika anda berasa kurang selesa, anda boleh mengkombinasikan skirts bersama blazer panjang. Diharapkan panduan tersebut akan menambahkan lagi kecantikan skirt anda. Produk jualan skirt mini berbahan satin sangat mudah ditemui, jadi anda tidak susah untuk mencarinya.

  2. Skirt Denim. Mini skirt berbahan denim paling banyak diminati pencinta fashion. Ramai kaum wanita mengenakan skirt mini berbahan denim untuk kegiatan seharian seperti jalan-jalan bersama keluarga, kawan, atau pasangan. Warna dari skirt jenis ini juga bervariasi, boleh dikatakan jenis denim memiliki paksi skirts flirty. Untuk memberikan kesan yang bagus pada skirt pilihlah warna biru muda atau warna vintage washed.

  3. Skirt Pastel Leather. Model skirt berwarna pastel atau pastel leather kini sedang menjadi kesukaan kalangan selebriti. Warna-warna pastel dari skirt mini mampu menahan haba panas, bukan hanya itu sahaja, skirt wanita ini sangat sesuai dipakai bila – bila saja. Disebabkan ramai yang meminati skirt ini, produk jualan skirt mini berwarna pastel ini sudah tentu dijual di merata tempat.

  4. Faux Leather. Skirt wanita berbahan kulit ini pernah mengalami penurunan peminat, namun ketika ini model skirt ini menjadi trend dikalangan eksekutif muda khususnya pejabat. Skirts berbahan kulit ini biasanya memiliki warna gelap seperti hitam, merah tua, atau coklat. Untuk menampakkan anda lebih muda, anda boleh mencari jaket denim atau baju dengan print gambar besar. Skirt faux leather dapat memberikan kesan istimewa bagi si pemakai, bukan sedikit jumlah kedai yang menjual skirt mini berbahan kulit ini.

  5. Rock. Mini skirt jenis rock sudah tentu memberikan kesan gaya rock bagi pemakainya. Salah satu artis internasional yang kerap memakai skirt mini bergaya rock adalah Stefanie Scott. Untuk menciptakan gaya girly, anda boleh memilih skirtyang bercorak dan berwarna gelap. Para pencinta fashion sering mengayakan dengan tshirt hitam atau jaket kulit, untuk bahagian bawah boleh mengenakan kasut boots. Perkara terpenting ketika mengenakan skirt rock ini adalah tetap selesa walau dimana jua.

  6. Flower. Mini skirt jenis flower juga diminati kalangan selebriti contohnya Ariana Grande. Skirt wanita ini memandankan corak bergambar bunga dan corak lain seperti polkadot. Ariana Grande seringkali memadankan model skirt flower bersama tshirt bustier. Kerana diminati kalangan artis tidak hairanlah produk jualan skirt mini bercorak bunga menjadi kegilaan pencinta fashion.

  7. Lipit. Skirts lipit menjadi salah satu skirt mini yang digemari artis internasional, Taylor Swift. Penyanyi internasional tersebut memiliki banyak koleksi skirt terdiri dari skirt mini warna merah, pastel, dan berwarna hitam. Taylor biasanya memadankan skirt kesukaannya dan memakai atasan lengan motif girly, atau lengan ¾.