Perbezaan di antara Stiker dan Pelekat

Perbezaan di antara Stiker dan Pelekat

custom.my

Menjalankan perniagaan yang melibatkan perkhidmatan percetakan pelekat mahupun stiker menjanjikan pulangan yang lumayan. Peluang perniagaan yang sangat luas di mana kebanyakan syarikat-syarikat yang ada pasti memerlukan perkhidmatan percetakan pelekat ataupun stiker untuk mempromosikan produk mereka kepada umum. Selain itu melalui penggunaan stiker, ia berfungsi dalam membantu untuk menghebahkan pelancaran sesuatu kempen mahupun hanya sebagai medium untuk meluahkan perasaan seseorang individu itu sendiri. Malangnya, terdapat sesetengah pihak yang masih tidak mengetahui perbezaan di antara pelekat dan stiker.


Berikut merupakan perbezaan di antara stiker dan pelekat?

1. Pelekat

Pelekat merupakan alat pelekat yang kebanyakannya mempunyai 2 ciri- ciri yang dapat kita kenal pasti iaitu pelekat yang berkualiti tinggi dan pelekat yang berkualiti rendah. Pelekat yang berkualiti rendah ini boleh didapati dengan harga yang murah dengan penggunaan dakwat cetakan yang akan mudah pudar dari masa ke masa. Kebiasaannya, ia akan dilekatkan sebagai pelekat di dinding-dinding sekolah, tiang elektrik, sekitar dinding bangunan dan di kawasan tumpuan umum yang lain. Walaupun kualiti pencetakan pelekat ini sedikit rendah, namun ia adalah sangat berbaloi bagi tujuan promosi sesuatu produk atau kempen yang hanya mengambil masa yang singkat untuk dilaksankan. Contohnya, jika anda hendak mempromosikan produk yang khusus untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, anda boleh menggunakan pelekat yang direka khusus bagi tujuan tersebut dan pada masa yang sama anda dapat mengurangkan jumlah kos yang diperlukan.

Ciri lain pelekat adalah jenis pelekat yang berkualiti tinggi. Pelekat berkualiti tinggi seperti ini mudah didapati daripada perniagaan yang menawarkan perkhidmatan pencetakan pelekat seperti yang ditawarkan oleh perniagaan kami sendiri. Pelekat yang berkualiti tinggi ini selalunya dikenali sebagai pelekat tahan lama yang sesuai digunakan di kawasan terbuka dan ianya mempunyai daya ketahanan yang lebih lama berbanding pelekat berkualiti rendah yang direka khusus bagi tujuan tertentu. Bahan utama yang digunakan pelekat jenis ini juga adalah lebih istimewa di mana ianya diperbuat daripada polister atau vinil yang kalis air dan berupaya untuk menghalang dakwat cetakan untuk tidak pudar dengan lebih cepat.


2. Stiker

Walaupun stiker dilihat mempunyai persamaan dengan pelekat, ianya masih dapat dibezakan apabila anda memerhatikan kedua-duanya dengan teliti. Stiker yang digunakan secara meluas sebagai hiasan untuk rekaan ini dikenali sebagai “decal??? di dalam Bahasa Inggeris dan ianya merupakan singkatan kepada perkataan “decalcomania???. Perkara yang membezakannya daripada kebiasaan pelekat yang direka khusus adalah ianya memerlukan anda sebagai pengguna untuk menanggalkan lapisan nipis kertas pelekat apabila anda ingin menampalnya pada sesuatu benda. Manakala bagi pelekat, anda hanya perlu melekatkannya sekali gus sahaja. Stiker juga boleh direka sebagai seramik licin yang boleh dilekatkan bersama-sama di atas seramik dan jubin. Untuk mendapatkan stiker seperti yang anda inginkan, anda boleh menghubungi syarikat kami yang menawarkan perkhidmatan pencetakan pelekat dan juga stiker. Anda boleh berbincang dengan pihak kami jenis rekaan terlebih dahulu supaya kami dapat membantu anda memenuhi citarasa yang anda idamkan.

Dengan penjelasan yang ringkas mengenai pelekat dan stiker ini, pastinya ia lebih mudah bagi anda unuk membezakan di antara apa itu stiker dan apa itu pelekat. Pastinya anda tidak berasa risau lagi untuk membezakan keduanya bagi kebaikan anda.