Tips Berbasikal Sihat Semasa Pergi ke Pejabat

Tips Berbasikal Sihat Semasa Pergi ke Pejabat

custom.my

Demam berbasikal pada beberapa tahun terakhir ini ternyata mempunyai banyak manfaat positif. Selain dijadikan sebagai salah satu cabang sukan yang mempunyai acarapertandingan kelas dunia, berbasikal juga dijadikan sebagai hobi bagi sesetengah masyarakat yang dilakukan pada waktu lapang dengan mengenakan baju basikal custom. Malah di era globalisasi dengan pencemaran yang semakin kritikal ini, berbasikal telah menjadi gaya hidup dalam kalangan pekerja sama ada dengan atau tanpa jersi basikal custom.


Tips Berbasikal Ketika Pergi Bekerja

Berbasikal telah menjadi pilihan utama bagi sesetengah pekerja sebagai alat pengangkutan yang digunakan ketika pergi dan pulang dari tempat kerja. Basikal dengan baju sukan basikal sememangnya tidak dapat dipisahkan. Penggunaan basikal menjadi pilihan yang tepat di tengah kesibukan kenderaan di jalan raya. Selain dapat menjadi sihat serta cergas kerana boleh bersenam, berbasikal juga dapatmembuat penggunanya sampai di tempat kerja tepat pada masanya serta lebih berhemah. Berikut adalah tips yang boleh dilakukan untuk berbasikal ke tempat kerja:

  1. Usahakan teratur dan konsisten. Aktiviti berbasikal sangat baik bagi kesihatan jika dilakukan secara teratur dan konsisten. Selain dapat menjaga kecergasan, rutin berbasikal juga dapat megurangkan pencemaran udara yang semakin kritikal. Jika keadaan anda tidak mengizinkan, anda tidak perlu melakukannya setiap hari, cukup hanya melakukannya sekurang-kurangnya tiga kali dalam satu minggu.

  2. Gunakan baju basikal yang selesa. Seiring peningkatan kemajuan dalam sukan berbasikal, kini terdapat banyak tempat-tempat jual jersi basikal dari yang tidak berkualiti hingga jersi basikal yang berkualiti tinggi. Gunakan jersi atau baju basikal yang selesa dahulu dan bawa baju ganti ke pejabat untuk digunakan selepas membersihkan diri. Jadi, jangan lupa untuk datang ke pejabatlebih awal.

  3. Pastikan keadaan basikal dalam keadaan baik. Selain memilih baju yang sesuai untuk berbasikal, anda juga perlu memastikan keadaan basikal anda dalam keadaan yang baik supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

  4. Pastikan anda mengetahui jarak antara rumah dengan tempat kerja. Tips yang selanjutnya adalah memastikan secara tepat tentang jarak antara rumah dengan tempat kerja. Pengetahuan ini akan memudahkan anda dalam mengukur batas kemampuan fizikal individumasing-masing.

  5. Hafal jalan-jalan alternatif di sekitar. Tips ini adalah sangat penting apabila laluan tempat kerja anda sangat terdedah dengan kenderaan atau seumpamanya. Jika anda sudah hafal jalan alternatif di sekitar tempat kerja, gunakan jalan tersebut agar anda tetap on time sampai di tempat kerja.

  6. Wajib ada bilik mandi di tempat kerja. Berbasikal tentu sahaja dapat menghasilkan peluh yang bercucuran. Bukan hanya itu, ketika dalam perjalanan, anda akan menghadapi pelbagai pencemaran udara yang kotor. Oleh itu, sesampainya anda di tempat kerja, sebaik-baiknya anda perlulah membersihkan diri dan ganti baju supaya badan anda kembali fresh, bersih dan wangi.

Ikut cara atau tips berbasikal di atas ketika pergi bekerja supaya tubuh anda menjadi lebih cergas dan sihat.