Sorry, your browser doesn't support javascript

PRIVASI & POLISI

Kami custom.my menghargai privasi anda, dan kami benarkan anda tentukan sendiri apakah maklumat peribadi yang anda ingin kongsikan dengan kami. Kami custom.my juga komited dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (2010). Polisi privasi kami menentukan bagaimana kami mengambil data dan menggunakan data peribadi.

Pengambilan dan penggunaan data peribadi

Anda boleh menggunakan laman web kami tanpa mendedahkan atau memberikan maklumat peribadi. Namun begitu, bagi kegunaan yang optimum boleh didapati sekiranya anda mendaftarkan keahlian dengan kami. Pendaftaran ahli, akan memerlukan beberapa maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat, nombor telefon, emel dan juga beberapa maklumat lain yang dikatakan maklumat peribadi. Maklumat tersebut akan digunakan bagi tujuan akses laman web dan juga tujuan tempahan produk. Selain itu, pihak kami akan menggunakannya bagi tujuan komunikasi, samada melalui telefon, email, SMS, Whatsapp atau medium komunikasi lain. Kami juga akan menghantar bahan promosi atau maklumat berkaitan dengan produk kami. Anda boleh memilih untuk tidak dimasukkan ke dalam senarai "mailing list" kami, atau untuk tidak menerima bahan promosi dari kami. Maklumkan kepada kami di info@custom.my

Maklumat lain dikumpul

Apabila anda melawat laman web kami, kami akan secara automatik mengumpul maklumat pelawat seperti: Jenis peluncur web, muka surat dilawati, atau jumlah masa, dan juga statistik lain. Data yang dikumpulkan akan digunakan bagi tujuan analisis dan meningkatkan prestasi laman web.

Pendedahan maklumat

Kami tidak menjual, atau menyebarkan sebarang maklumat peribadi atau maklumat lain seperti design, kepada pihak ketiga, melainkan diperlukan oleh undang-undang atau dengan kebenaran anda.

Perlindungan maklumat

Custom.my komited mengambil segala langkah praktikal dan sewajarnya bagi memastikan segala maklumat peribadi atau data yang telah dikumpul, dilindungi sebaiknya daripada hilang, salah guna atau penggunaan tanpa kebenaran.