Cetak Fabrik Peribadi dengan Pencetak Inkjet

Cetak Fabrik Peribadi dengan Pencetak Inkjet

custom.my

Betapa mudahnya untuk mendapatkan sendiri kain cetak peribadi anda dengan pencetak inkjet? Nah, jika anda ingin tahu, anda akan jumpa jawapan pada artikel ini. Ramai orang berfikir bahawa menghasilkan reka bentuk baju anda sendiri adalah susah dan mengambil masa yang lama.Jadi, anda akan memerlukan bantuan daripada perkhidmatan cetak kain untuk menyiapkannya. Tetapi anda juga boleh melakukan proses ini sendiri dengan menggunakan bendayang mudah didapati di rumah anda. Melalui artikel ini, kami akan membimbing anda bagaimana untuk melakukan proses ini dengan menggunakan pencetak inkjet.


Cetak Fabrik Peribadi dengan Pencetak Inkjet

Dengan menggunakan pencetak inkjet, membuat kain cetak rekaan anda sendiri akan menjadi sangat mudah, dan bukan itu sahaja, ia juga mengambil masa yang lebih singkat berbanding dengan kaedah tradisional yang lain. Selain itu, ia juga membolehkan anda untuk memindahkan semua jenis imej yang berbeza ke atas fabrik. Ia tidak mempunyai had mengenai kerumitan reka bentuk yang anda hendak pindahkan, walaupun ia akan memberi kesan kepada berapa banyak dakwat yang akan digunakan. Anda ingin mencetak gambar keluarga di baju anda untuk perjumpaan keluarga? Ia adalah sangat mudah, dan di sini adalah panduan langkah demi langkah bagaimana untuk mendapatkan gambar keluarga pada fabrik cetakan peribadi anda:

  1. Jika anda tidak mempunyai reka bentuk lagi, dapatkan perisian pilihan anda untuk gambar yang bersesuaian; atau jika anda tidak mahu untuk membelanjakan wang, gunakan Adobe sahaja.

  2. Sesuaikan gambar, pastikan gambar mempunyai definisi yang tinggi dan kualiti imej yang jelas; kualiti gambar akan berubah apabila ia dipindahkan, jadi dapatkan gambarsejelas yang mungkin adalah lebih baik.

  3. Gunakan kertas yang dibuat khusus untuk pencetak inkjet, kertas akan mempunyai pelekat yang boleh ditanggal di belakang.

  4. Ubah suai gambar anda dan dapatkan hasil yang terbaik; salah satu kelebihan menggunakan pencetak inkjet ini adalah tidak kira berapa besar dan kompleks reka bentuk ini; setiap butiran akan dapat dicetak secara terperinci.

  5. Cetak imej dan lihat sama ada ada apa-apa yang perlu diubah atau tidak. Proses ujian ini adalah sangat penting, dan anda juga perlu menggunakan kertas inkjet untuk proses ini.Jangan gunakan kertas yang murah kerana hasilnya akan sangat tidak memuaskan.

  6. Selepas anda selesai melakukan pengubah suaian dan sebagainya, simpan imej dan gunakan tetapan Plain Paper.Cetak imej pada kertas inkjet dan siap! Anda akan mendapat imej anda sendiri pada kain cetakan anda.