Apa Itu Jersi Basikal Pelangi?

Apa Itu Jersi Basikal Pelangi?

custom.my

Maklumat mengenai rainbow jersey atau baju sukan basikal pelangi ketika ini sedang banyak dicari oleh para peminat sukan berbasikal. Apa sebenarnya jersi basikal pelangi atau rainbow jersey itu? Cari jawapannya pada ulasan berikut.


Mengenai Jersi Basikal Pelangi

Jersi basikal memang sangat berbeza-beza gaya dan variasinya. Bahkan terdapat beberapa jenis jersi yang dikenakan oleh seseorang yang bergantung kepada hasil pencapaian sesuatu seperti jersi pelangi. Lihat maklumat dalam ulasan berikut:

  1. Siapa Pengguna Jersi Pelangi. Berbeza dengan jersi basikal custom, jersi pelangi atau rainbow jersey hanya boleh dipakai oleh pemenang perlumbaan basikal. Jersi pelangi mempunyai komposisi warna yang sama seperti pelangi dan menjadi kebanggaan tersendiri bagi para pemakainya. Seluruh dunia akan mengetahuisecara automatik bahawa pemakai jersi ini merupakan juara dunia yang dianjurkan oleh UCI atau Union Cycliste Internationale.

  2. Bidang Disiplin Jersi Pelangi. Jersi pelangi tidak dijual beli seperti baju basikal custom kerana untuk menunjukkan penghormatan yang tertinggi kepada pemenang kejohanan perlumbaan basikal peringkat dunia dalam pelbagai bidang disiplin. Bidang disiplin yang dimaksudkan menurut Union Cycliste Internationale atau UCI adalah perlumbaan lintasan, perlumbaan jalan raya, bmx, basikal gunung, serta perlumbaan jalan raya.

  3. Jersi Pelangi Secara Fizikal. Seperti namanya dan penjelasan di atas, jersi pelangi mempunyai lima jalur atau garis mendatar dengan pelbagai warna pelangi seperti merah, biru, hijau, hitam dan kuning. Letak garis atau jalur mendatar ini pada bahagian dada dan ia akan kelihatan sangat terang dan berbeza daripada baju berbasikal oleh pelumba yang lain.

  4. Bila Juara Lumba Memakai Jersi Pelangi. Jersi yang tidak dijual di mana-mana tempat jual jersi basikal ini wajib digunakan oleh pemenang perlumbaan basikal ketikapelumba tersebut memproleh gelaran juara dunia dalam versi UCI. Pelumba tersebut wajib menggunakan jersi pelangi ini selama setahun penuh sama ada untuk kategori individu mahupun pasukan. Setelah itu, jersi pelangi ini akan kembali direbut pada tahun seterusnya.

  5. Membuat Lebih Mudah Dikenali. Penggunaan jersi pelangi oleh sang juara baik secara individu mahupun dengan rakan sepasukan akan membuatkan satu dunia mengetahui jika pelumba atau pasukannya merupakan juara perlumbaan dalam kategori tertentu. Hal ini kerana warna garis mendatar yang sangat cerah dan menarik dengan gabungan pelbagai warna.

  6. Kerugian Jersi Pelangi. Terdapat beberapa kerugian pemakaian jersi pelangi bagi pemenang. Antaranyaialah, ruang untuk sponsor berkurang, cepat diketahui oleh pihak lawan jika mengalami permasalahan teknikal dan sukar memberikan serangan.

  7. Denda Jersi Pelangi. Pemenang tidak boleh memakai baju jersi sembarangan yang dijual di kedai jual baju basikal. Pemenang yang tidak menggunakan jersi corak pelangi ini akan dikenakan denda yang cukup besar iaitu 2500-5000 Swiss Franc.

Ingin memakai jersi pelangi? Latihlah diri anda dengan maksimum terlebih dahulu walaupun hanya dengan menggunakan jersi basikal yang murah.