Cara Memakai Jaket yang Betul untuk Wanita

Cara Memakai Jaket yang Betul untuk Wanita

custom.my

Pada umumnya jaket digunakan apabila cuaca sejuk ataupun hanya digunakan sebagai fashion. Reka bentuk jaket baseball, sweater, varsity ataupun hoodie biasanya tidak jauh berbeza antara model-model lain. Sehingga cara mengayakannya tidak jauh beza juga. Di sini akan dijelaskan mengenai cara memakai jaket untuk wanita.


Inilah 5 Cara Memakai Jaket untuk Wanita

Jaket baseball, varsity, hoodie dan sweater tidak hanya boleh digunakan untuk lelaki. Kesan feminim juga boleh kita dapatkan dari pelbagai pilihan model. Jika digunakan untuk aktiviti luar, penggunaannya akan terasa sangat sesuai untuk melindungi kita dari pelbagai cuaca. Pelbagai model boleh dijumpai di kedai jualan jaket. Terdapat 5 cara memakai jacket untuk wanita:

  1. Saiz yang sesuai. Hal pertama yang harus dilakukan dalam mengenakannya adalah memastikan saiz jaket yang sesuai. Saiz yang sesuai dengan tubuh akan kelihatan lebih bagus. Maka jangan memilih jaket yang terlalu kecil atau terlalu longgar. Jika jacket yang dikenakan kelonggaran maka akan merosakkan gaya anda. Namun, jika terlalu kecil maka akan menimbulkan ketidakselesaan dalam berpakaian. Untuk mencari yang sesuai maka cara yang paling tepat adalah dengan membeli secara langsung di kedai yang menjual jaket.

  2. Pilih model jaket. Setiap orang mempunyai bentuk tubuh yang berbeza-beza, baik ukuran pinggul, bentuk badan, dan seterusnya. Maka anda harus mengenali bagaimana ciri-ciri bentuk tubuh terlebih dahulu. Agar tidak menimbulkan kesalahan dalam memilih model jaket. Selalulah bercermin untuk melihat apakah model jaket tersebut sesuai jika dikenakan di badan anda.

  3. Tentukan warna jacket anda Berjumpa dengan orang lain yang memakai baju yang sama atau jacket akan membuat kita sedikit janggal. Maka penyelesaiannya adalah memilih jaket dengan warna yang jarang digunakan oleh orang lain. Suatu hal yang boleh dilakukan adalah dengan mencari beberapa warna yang menarik di internet, maka anda akan mencari warna yang unit. Sebahagian besar model jaket tersebut berasal dari Korea. Namun, itu tidak jadi masalah kerana bentuk tubuh orang Malaysia tidak berbeza jauh dengan bentuk tubuh orang Korea. Perbezaannya terletak pada warna kulit. Maka pastikan bahawa warna jacket yang dipilih kelihatan sesuai dengan warna kulit anda. Carilah di kedai online yang jualan jaket.

  4. Tambahkan shawl atau tali pinggang. Penampilan yang sempurna menjadi keinginan setiap wanita. Salah satu caranya adalah dengan menambah beberapa aksen yang boleh dijadikan daya tarikan dalam berpenampilan. Anda boleh menggunakan beberapa aksesori seperti shawl dan tali pinggang.

  5. Pilihlah bahan yang sesuai. Bahan jaket baseball, varsity, sweater, dan hoodie juga penting untuk diperhatikan. Jika cuaca dalam keadaan sejuk maka kita boleh memilih bahannya yang lebih tebal. Kerana jacket tidak hanya berfungsi sebagai fashion, tetapi juga boleh digunakan untuk menghangatkan tubuh. Maka rasalah terlenih dahulu sebelum membelinya di kedai.

Demikianlah 5 cara memakai jaket untuk wanita. Jaket baseball, sweater, varsity, dan hoodie boleh digunakan juga bagi wanita.