DIY Custom Cetak Fabrik di Rumah

DIY Custom Cetak Fabrik di Rumah

custom.my

Dalam panduan DIY custom cetak fabrik di rumah, anda akan mengetahui kaedah yang terbaik yang membolehkan anda untuk mencetak baju anda sendiri. Pernah berasa tidak berpuas hati tentang reka bentuk baju anda dan anda mempunyai idea tentang apa jenis baju yang ingin dipakai? Sebenarnya ada banyak cara untuk anda mencetak imej-imej atau foto di atas baju anda sendiri dan sebahagian daripada mereka tidak memerlukan banyak usaha atau anda boleh pergi teruske perkhidmatan mencetak kain. Sudah tentu, sesetengah jenis kain adalah sesuai dengan kaedah-kaedah tertentu, dan panduan ini akan membantu anda untuk mengatasi masalah itu.


Panduan DIY Custom Cetak Fabrik di Rumah

Kaedah pertama yang anda boleh gunakan untuk membuat kain cetak rekaan anda sendiri adalah dengan menggunakan freezer paper. Sebenarnya ada dua cara berasingan untuk menggunakan freezer paper ini. Salah satunya adalah dengan hanya menggosok seterika pada bahagian atas freezer paper yang telah mempunyai imej untuk dicetak pada baju. Jika anda masih mendapati imej pada produk yang ada tidak memuaskan, anda boleh membeli freezer paper biasa, bentuk imej anda sendiri dan cetaknya pada freezer paper. Terdapat pelbagai jenis freezer paper, jadi pastikan anda membeli freezer paper yang membolehkan anda untuk mencetak imej di atasnya.

Kaedah seterusnya untuk membuat kain cetak peribadi anda sendiri adalah dengan menggunakan fusible web. Anda juga memindahkan imej dengan menggunakan seterika sama seperti freezer paper. Tapi ia akan kurang cenderung untuk bergulung apabila diseterika berbanding freezer paper, menjadikan ia lebih mudah untuk digunakan. Satu lagi kelebihan menggunakan web fusible adalah ia mempunyai dua lapisan, jadi anda boleh menggunakan dua kali untuk sekeping fusible web. Oleh itu, ia adalah jauh lebih jimat berbanding freezer paper. Malangnya, apabila anda memindahkan imej dengan kaedah ini, ia akan jadi membazir jika anda hanya menggunakan satu sisi sahaja.

Kaedah terakhir untuk mendapatkan kain cetak rekaan anda sendiri adalah dengan menggunakan kertas pencetak kain yang sudah mempunyai imej di atasnya. Ini adalah kaedah yang paling mudah untuk digunakan berbanding yang lain, malangnya anda tidak boleh mengolah reka bentuk yang sedia ada pada kertas pencetak kain itu. Walau bagaimanapun, ia bukan sahaja sangat mudah untuk memindahkan imej, hasil akhirnya juga adalah lebih bersih dan terperinci daripada kaedah yang lain.