Ingin Tahu Sejarah Jersi Basikal? Inilah Dia!

Ingin Tahu Sejarah Jersi Basikal? Inilah Dia!

custom.my

Kini jersi basikal custom sudah menjadi sangat popular kerana ramai yang berminat dengan produk berkualiti khas untuk para penunggang basikal. Model, gaya materialnya membuat baju khas sukan ini sangat berbeza-beza. Namun tahukah anda jika kemunculan jersi basikal mempunyai sejarah tersendiri? Ya, jersi basikal tidak muncul begitu saja tetapi ada sejarah kemunculannya jersi berbasikal yang sedang menjadi trend ketika ini. Berikut adalah ulasan mengenai sejarah awal kemunculannya.


Sejarah Jersi Basikal

Baju sukan basikal adalah yang paling sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti sukan berbasikal. Sama ada para penunggang basikal yang baru atau sudah profesional, pemakaian jersi basikal atau baju sukan basikal samasa berbasikal sudah menjadi perkara biasa dan disarankan untuk keselesaan dan keselamatan.

  1. Awal Kemunculan Jersi Basikal. Dahulu, pakaian basikal tidak seperti bagaikan cendawan tumbuh seperti sekarang. Malah kini ada yang jual jersi basikal dengan variasi model yang berbeza-beza dan harga yang berpatutan. Reka bentuk baju untuk berbasikal juga sangat berbeza. Pada awal kemunculannya, jersi basikal mempunyai beg yang diletakkan di bahagian depan.

  2. Jersi Kali Pertama daripada bulu. Pada awal kemunculannya, jersi basikal dicipta dengan kain bulu sebagai bahan asas. Namun lama kelamaan, penggunaan jenis kain ini menimbulkan pelbagai masalah seperti kain yang menjadi berat jika terkena air hujan sehingga tahap ketebalannya lebih membuat jersi basikal berbahan bulu lebih mirip dengan pakaian biasa. Pemilihan kain bulu dahulu diasaskan oleh keselesaan digunakan ketika musim sejuk.

  3. Jersi dari bahan Polyster. Bahan polyster menjadi jawapan atas masalah yang ditimbulkan oleh bahan bulu. Pemilihan polyster kerana kain jenis ini boleh digunakan dalam cuaca dan suhu tubuh serta memberi lebih keselesaan.

  4. Pelbagai Variasi Polyster. Bukan itu sahaja, keselesaan bahan polyster sebagai bahan jersi basikal dan perkembangan teknologi menjadikan variasi polyster menjadi sangat berbeza-beza seperti eyelet, dryfit, dan lain-lain.

  5. Penambahan Poket Pada Jersi Berbasikal. Pertambah baikkan tidak hanya dilakukan pada jenis kain sahaja tetapi juga kedudukan poket yang berada di bahagian depan, kini telah direka semula menjadi di bahagian belakang. Banyak juga yang sudah terjual baju basikal dengan reka terbaru ini. Pemindahan poket ke bahagian belakang lebih memudahkan penunggang basikal untuk mengambil barang-barang yang disimpan dengan selamat di dalam poket.

  6. Jersi Basikal Thermodress. Perkembangan jersi basikal yang terbaru pada masa ini adalah membuat zip di bahagian depan untuk menstabilkan suhu badan yang tinggi serta bahan thermodress yang boleh membuat penunggang basikal menjadi lebih selesa pada saat keadaan panas atau sejuk.


Fungsi Istimewa Baju Sukan Berbasikal

Selain menjadi pakaian khas yang boleh digunakan ketika berbasikal, pelbagai jenis baju basikal terutamanya yang custom boleh didapati dalam pelbagai jenis model, rekaan dan kombinasi warna. Selain itu, ia mempunyai fungsi lain selain menjadi pakaian basikal. Bagi para penunggang basikal profesional, jersi basikal boleh digunakan sebagai satu cara promosi penaja. Selain itu, jersi basikal murah namun berkualiti juga digunakan untuk menyokong kempen sosial, sebagai identiti nama atau club, serta dapat menjadi barang koleksi.

Ternyata, jersi untuk melakukan aktiviti berbasikal juga mempunyai sejarah kemunculan tersendiri dari pelbagai perkembangan bahan asas pembuatan yang bermula dari bulu dengan segala kelemahannya hingga kini, bahan polyster menjadi bahan yang paling optimum yang boleh digunakan.