Laminasi Glossy, Memberikan kesan permukaan berkilat, warna stiker atau pelekat yang lebih cerah dan terang. Apabila stiker dilihat dari sudut yang berbeza akan kelihatan bercahaya daripada laminasi berkilat. Ini kerana ianya pantul cahaya matahari atau lampu. Stiker glossy kelihatan berkilauan.
Laminasi Matte, Tidak memberikan kesan permukaan berkilat, hasil warna stiker atau pelekat akan menjadi lebih lembut dan serap cahaya. Apabila stiker dilihat dari sudut yang berbeza tidak akan kelihatan berkilau. Stiker matte tidak memantulkan cahaya.