Perbezaan antara Teknik-teknik Cetak Fabrik

Perbezaan antara Teknik-teknik Cetak Fabrik

custom.my

Apabila seseorang itu berhasrat untuk membuka talian butik sendiri, beliau patut tahu tentang perbezaan antara teknik-teknik cetak kain. Oleh kerana terdapat lebih daripada satu kaedah yang ada untuk mencetak reka bentuk pada kain pilihan mereka, dan setiap teknik mempunyai naik turun mereka sendiri. Mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap kaedah juga adalah berguna, kerana ia akan membuatkan anda kurang bergantung kepada perkhidmatan cetak kain dan mengurangkan perbelanjaan operasi. Kami akan mengkaji kebaikan dan keburukan teknik yang paling popular untuk mencetak kain pada hari ini.


Maklumat tentang Perbezaan antara Teknik-teknik Cetak Fabrik

Tiga teknik yang paling popular untuk dapatkan cetak kain peribadi anda sendiri adalah kaedah pakaian, kaedah percetakan skrin dan kaedah percetakan sublimasi. Jika anda ingin mencetak fabrik rekaan anda yang mengandungi pelbagai warna, kaedah pakaian adalah lebih baik. Ia bukan sahaja mempunyai pelbagai warna, tetapi ia juga sangat mudah disesuaikan dan mempunyai butiran yang terperinci pada produk akhir. Kaedah ini juga tidak memerlukan wang yang banyak untuk melabur, tetapi harga akan naik mengikut kerumitan reka bentuk. Oleh itu kaedah ini tidak berapa sesuai jika anda mahu memesan dalam jumlah yang banyak. Hal ini kerana ia hanya mencetak satu baju pada satu masa, jadi order yang banyak akan mengambil masa dan dakwat yang banyak.

Kaedah percetakan skrin adalah sempurna jika reka bentuk anda ditempatkan di seluruh tempat, kerana kaedah ini adalah paling fleksibel dari segi penempatan reka bentuk. Kaedah ini juga tidak menjimatkan masa kerana ia dicetak satu demi satu. Tetapi apabila anda pergi ke perkhidmatan cetak kainuntuk menggunakan kaedah ini, lebih banyak anda order, lebih murah anda akan dapat. Jadi ini adalah kaedahnya jika anda mahu memesan dalam kuantiti yang banyak. Malangnya, walaupun ia murah, jika anda order dalam kuantiti yang banyak, ia juga tetap mempunyai kelemahan, di mana ia memerlukan banyak lapisan untuk reka bentuk yang kompleks. Jadi, ia mesti di order dalam kuantiti yang banyak supaya ia berpatutan dengan nilai kos.

Percetakan sublimasi adalah kaedah yang terbaik jika anda mahu reka bentuk pada baju anda bertahan dalam masa yang lama. Corak di baju mengambil masa yang sangat lama untuk pudar, dan ia juga mempunyai pelbagai pilihan warna. Kaedah ini adalah pertengahan antara kedua-dua kaedah di atas; ia mempunyai butiran dan warna yang baik, serta fleksibel dalam penempatan reka bentuk. Tetapi anda tidak akan mendapat apa-apa diskaun untuk reka bentuk cetak kain anda jika menggunakan kaedah ini tidak kira berapa banyak order anda. Kaedah ini juga hanya terdapat untuk beberapa jenis fabrik tertentu sahaja.