Beberapa Tips Penting Dalam Memilih Baju Basikal Gunung

Beberapa Tips Penting Dalam Memilih Baju Basikal Gunung

custom.my

Bagi anda para pencinta sukan berbasikal, pelbagai aktiviti berbasikal yang diadakan pastinya sudah tidak asing lagi di telinga anda. Salah satu aktiviti yang sedang popular pada masakini adalah berbasikal gunung. Seiring berjalannya waktu dan perkembangan teknologi, terdapat pelbagai jenis baju basikal custom yang boleh didapati di pasaran danmempunyai corak yang sesuai untuk berbasikal gunung. Supaya tidak silap dalam memilih baju basikal gunung, ikuti panduan dan tips pemilihan di bawah.


Tips Memilih Baju Basikal Gunung

Setiap cabang sukan termasuk berbasikal mempunyai standard yang tersendiri. Standard yang ada termasuk pada jenis pakaian yang harus digunakan untuk keselesaan dan keamanan dalam melaksanakan aktiviti sukan tersebut. Ketika berbasikal gunung, pakaian yang dikenakan haruslah memenuhi standard keselamatan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Berikut adalah cara-cara atau tips yang perlu diikuti dalam memilih jersi basikal custom khusus untuk berbasikal gunung:

  1. Pilihlah jersi basikal dengan jahitan halus, tidak kasar dan tidak menonjol. Baju dengan jahitan yang kasar serta menonjol pada kebanyakan jersi basikal murah akan membuat kulit menjadi sakit dan pedih kerana akan berlaku banyak geseran ketika berbasikal.

  2. Pilihlah bahan yang cukup elastik dan jangan terlalu longgar.Gunakan pakaian yang agak ketat supaya dapat mengurangkan geseran dengan angin yang akan membuatkankayuhan semakin berat. Bahan yang elastik juga akan memudahkan pergerakan kaki dan badan dalam mengayuh dan tidak menimbulkan masalah pada kulit atau kaki.

  3. Pilih bahan yang mudah menyerap peluh. Sudah menjadi kebiasaanketika bersenam khususnya berbasikal akan membuatkan tubuh menghasilkan peluh yang akan mengalir melalui liang-liang kulit. Peluh yang keluar akan terusmengalir di jersi. Jersi-jersi yang dijual di tempat jual jersi basikal yang berkualiti kebanyakannya dapat menyerap peluh dengan cepat dan segera mengering.

  4. Pilih jersi yang mempunyai poket di bahagian belakang yang sangat berguna untuk menyimpan peta petunjuk jalan atau snek dan resleting di bahagian depan untuk meneutralkan suhu badan yang meningkat.

  5. Pilih seluar yang mempunyai pelapik supaya lebih selesa semasa duduk sambil mengayuh basikal.


Tips Memilih Alatan Berbasikal Gunung

Selain memilih pakaian berbasikal yang tepat, terdapat beberapa tips yang sangat disyorkan dalam pemilihan alatan berbasikal gunung. Antaranya adalah:

  1. Pilih sarung tangan yang mempunyai pelapik supayadapat mengurangkan rasa lenguh atau panas ketika berbasikal. Dan yang paling penting, pelapik akan melindungi tangan daripada kecederaan jika berlaku kemalangan.

  2. Pilih stokin kaki yang khusus untuk berbasikal yang mempunyai bahan yang sama dengan bahan jersisupaya mudah menyerap peluh dan melindungi kaki dari kecederaan.

  3. Pilih kasut yang khusus untuk berbasikal yang mempunyai tapak dengan tekstur keras untuk menyalurkan tekanan pijakan yang kuat pada pedal.

  4. Pilih topi keledaryang khusus untuk berbasikal gunung yang biasa dijual di kedai jual baju basikal untuk menjaga keselamatan.

Demikian adalah beberapa tips dan cara yang boleh anda ikuti dan lakukan. Semoga bermanfaat!