Tempoh Produksi
-
Masa pengeluaran 5-10 hari bekerja. Masa pengeluaran dikira selepas kami mengesahkan pembayaran anda. Sekiranya kami menerima pengesahan bayaran anda sebelum 2.00 petang kami akan memproses pesanan pada hari yang sama. Tetapi jika kami terima selepas jam 2.00 petang, kami akan mula proses pada hari berikutnya.
-
Hari bekerja kami adalah hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Bagi cuti umum seperti hari raya, kami akan memaklumkan kepada anda hari penutupan sebelum kami mula bercuti.
Perkara Penting Sebelum Menempah
-
Kami tidak akan menerima apa-apa aduan jika hasil sticker anda tidak seperti yang anda harapkan. Kami amat mengesyorkan tempahan sampel dahulu sebelum membuat pesanan sacara banyak.
-
Kami mencadangkan agar anda dapat menyediakan fail gambar berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan kami untuk mengelakkan hasil cetakan yang tidak memuaskan.
-
Anda wajibmemberikan design yang lengkap dengan garis stroke (garis luar design) supaya kami boleh memotong mengikut garis stroke itu dan bukan design anda. Kami tidak akan bertanggungjawab jika kami memotong sedikit design anda jika anda tidak membuat garis stroke.
-
Sila pastikan saiz design anda sama dengan apa yang anda tempah. Kami tidak akan bertanggungjawab jika saiz sticker anda tidak sama dengan apa yang ada tempah jika puncanya adalah saiz design anda tidak sama dengan apa yang anda tempah.
Jenis fail untuk cetakan
-
Kami mengesyorkan fail dalam format JPG / PNG.
-
Sekiranya design yang anda hantar perlu diedit, sila maklumkan kepada Admin atau tulis ruang Nota di laman web semasa anda membuat tempahan supaya kami boleh membantu untuk mengedit design anda
-
Resolusi fail reka bentuk minimum ialah 150 dpi / inci
Kerosakan yang akan diganti
-
Pemotongan sticker tidak tepat melebihi 5% kuantiti
-
Saiz sticker tidak sama dengan apa yang anda tempah (Sila pastikan saiz design dan juga saiz dalam sistem order, adalah sama)
-
Reka bentuk yang dicetak tidak sama dengan design anda (Sila menempah sampel dahulu sebelum membuat tempahan secara banyak)
-
Laminating yang tidak sama dengan apa yang anda tempah.
Kerosak yang tidak akan diganti
-
Warna berbeza antara paparan dalam monitor dan percetakan.
-
Hasil cetakan yang tidak memuaskan kerana design yang anda berikan tidak begitu baik (blur, pecah, resolusi rendah).
-
Hasil cetakan blur kerana resolusi fail terlalu kecil.
Kenapa hasil cetakan berbeza warnanya dengan warna di monitor komputer?
-
Warna Premiere vs Warna Sekunder
Warna Premiere: warna yang dilihat daripada hasil cahaya yang bercahaya di belakang paparan monitor.
Warna sekunder: Warna hasil percetakan yang dilihat kerana pantulan cahaya
-
Periksa dahulu warna profile sebelum mulakan design.
2 Cara untuk mengelakkan hasil cetakan berbeza::
-
Gunakan fail format CMYK semasa design.
-
Untuk tempahan secara banyak, sila tempah sample dahulu sebelum membuat tempahan.
Dropship/Agen/Reseller Program
-
Sistem custom.my dibuat untuk menyokong sistem dropship.
-
Daftar sebagai agent kami, kerana anda perlu log in sebagai agent dahulu sebelum membuat pesanan.
-
Untuk menghantar kepada pelanggan anda, semasa anda membuat tempahan, sila masukkan maklumat pelanggan anda yang ingin dihantar.
Proses Penghantaran
-
Penghantaran menggunakan poslaju atau city link (bergantung kepada berat)
-
Sistem kami automatik mengira kos penghantaran.
-
Untuk pengambilan langsung di office custom.my, sila sahkan tempahan anda sudah siap.